Hello Everyone

Selamat Datang ke blog saya.

Saturday, January 1, 2011

Defensive Response of the Black Fringed Sea Cucumber

Black Sea Cucumber

Black Sea Cucumber

Black sea cucumber atau nama saintifiknya Holothuria leucospilota adalah sejenis timun laut yang jarang ditemui. Haiwan ini boleh di dapati di dasar laut atau di tepian pantai (terdampar bersama2 rumpai laut). Rupanya seperti gamat tetapi agak panjang dan besar sedikit dan berukuran 30cm-40cm dan boleh memanjang (melalui pergerakan) sepanjang 1 meter..



Apabila diancam, timun laut ini akan mengeluarkan cecair putih yang dinamakan Cuvierian tubules. Ia seperti memberi amaran bahawa sesiapa yang menyentuhnya akan dipenuhi dengan cairan yang melekit. Di Langkawi, haiwan ini digelar dengan nama yang kurang enak didengar tetapi orang tua-tua melarang sesiapa sahaja untuk menyentuh atau mengutip haiwan ini kerana khuatir akan terkena bisa, sengatan atau turut juga khuatir terkena cairan melekitnya. Namun, haiwan ini tidak merbahaya dan tidak memberi ancaman. Sungguh pun begitu, saya belum pernah mencuba memegangnya kerana turut bimbang jika terkena bisa, dan kata orang tua-tua, timun laut ini boleh menyebabkan gatal-gatal. Tetapi, melalui survey saya di laman-laman web, haiwan ini nampaknya tidak menyebabkan apa-apa effect jika disentuh.... Manakala khasiatnya dalam perubatan masih belum diketahui tetapi ia menjadi bahan kajian, dan jika berhasil, mungkin ia akan menerima nasib seperti gamat pula... Disini saya juga ingin share mengenai saudara seangkatan timun laut ini juga, di mana terdapat sejenis timun laut yang menyerupai sea-pig.


                                                          Sea Pig

Haiwan ini juga berasal daripada keluarga Holothuroidea dan digelar beronok di Langkawi. Timun laut ini dicari untuk dijadikan hidangan makanan yang membuka selera (of course ianya bukan sea pig!!). Beronok tidak boleh dimasak atau dibiarkan terlalu lama kerana ia akan mengecut dan tidak boleh dimakan.
                                              Spesies beronok di Langkawi

                                                  Beronok fresh


                                                          Kerabu beronok

Selain itu saya juga ingin berkongsi satu lagi makanan exotic penduduk Langkawi, tetapi ianya jarang ditemui. Jika di Langkawi ia dinamakan boriang, tetapi saya percaya ianya adalah sejenis tumbuhan laut atau karang lembut. Rasanya sama seperti gamat dan enak dibuat sup. Saya tidak mempunyai simpanan gambar boriang tetapi ianya seakan-akan gambar di bawah.


World's Tallest Couple Meet Smallest Man

Giant Crocodile, Indonesia (2009)

amazing recitation by a little girl

Friday, December 31, 2010

Makanan pelik di seluruh dunia....

Sebagai pencinta makanan, saya amat tertarik untuk berkongsi artikel mengenai makanan pelik dari seluruh dunia. Amat jauh sekali untuk menikmatinya tetapi sekadar kagum melihat bagaimana orang-orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat merasai kenikmatan makanan yang barangkali jijik bagi pandangan kita.

Sup sarang burung


Sup sarang burung dikategorikan sebagai makanan pelik kerana ia didapati daripada cairan saliva atau air liur burung layang-layang. Masyarakat cina percaya bahawa sup sarang burung dapat memberi khasiat seperti meningkatkan daya ketahan tubuh, meningkatkan sistem percernaan serta keupayaan seksual, merawat asma dan sebagainya.





Haggis

Hidangan ini merupakan makanan tradisional orang Scotland. Ia diperbuat daripada organ-organ dalaman kambing biri-biri (Hati, paru-paru, jantung) dan dimasak dengan pelbagai rempah serta disumbat di dalam usus biri-biri.








Casu Marzu
Makanan orang Sardinia, Italy. Ia diperbuat daripada keju (susu kambing) dan dibiarkan busuk dengan ulat (larva lalat). Khasiat hidangan ini tidak diketahui.









Telur Seribu Tahun
Makanan orang cina. Menggunakan telur itik atau ayam dan dicampurkan dengan pelbagai bahan perapan (tanah liat, garam, asam limau, hampas padi) dan diperap selama beberapa minggu sehingga berbulan-bulan. Hidangan istimewa terutama hari perkahwinan.







Muktuk

Bagi yang menggemari makanan mentah bolehlah pergi ke Alaska atau bahagian kutub utara untuk menikmati hidangan orang eskimo. Muktuk atau daging ikan paus terutamanya daripada ikan paus Bowhead menjadi makanan orang-orang eskimo sama ada dimakan mentah atau dimasak mengikut citarasa masing-masing.




             


Balut

Balut, atau embrio itik yang direbus serta dinikmati oleh orang-orang Filipina. Makanan ini amat popular di Filipina dan banyak dijual digerai-gerai. Mereka mengatakan bahawa ianya sedap dan berkhasiat.










Labah-labah Goreng
Makanan orang-orang Indochina terutama sekali di kemboja, Thailand dan sebagainya. Makanan ini mula dimakan ketika zaman peperangan Khmer Rouge di mana sebahagian pelarian kebuluran dan memakan apa sahaja yang dijumpai.







Ulat Mopane

Makanan daripada Afrika. Ulat mopane berasal daripada pokok mopane. Ulat ini hidup hanya dengan memakan daun-daun pokok mopane dan tidak merbahaya. Ia adalah sumber protein bagi masyarakat afrika dan diperolehi dengan banyaknya sebelum musim kemarau.







Banyak lagi makanan pelik yang semestinya tidak kita ketahui, namun amalan pemakanan yang terbaik adalah bergantung terhadap kandungan zat di dalam makanan tersebut. Namun terdapat di dalam Al-Quran tentang makanan di mana surah Al-Baqarah, ayat 172 menyebut " Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya"...