Hello Everyone

Selamat Datang ke blog saya.

Friday, December 31, 2010

Fugu...Ikan yang amat berbisa...

Amalan memakan ikan fugu (pufferfish) atau bahasa melayunya adalah ikan buntal adalah biasa di kalangan masyarakat Jepun (terdapat juga bangsa lain yang memakan ikan buntal tetapi bilangan amat kecil). Di mana-mana sahaja, ikan ini terkenal dengan toxin yang terkandung di dalam badannya. Ikan fugu dihidangkan di beberapa restoren sebagai makanan eksklusif dan antara hidangan yang termahal kerana kepakaran untuk menyediakannya memerlukan chef yang berlesen.


Ikan fugu, mempunyai bisa tetrodotoxin, yang dapat melemahkan atau menggagalkan pemindahan signal elektrik dalam sistem saraf sekaligus menyebabkan kegagalan pelbagai fungsi sistem organ dalaman. Bagaimana bisa ini bertindak? Ia bertindak dengan mengikat atau menyelaputi protein saluran sodium dalam membran sel saraf. Racun TTX (Tetrodotoxin) didapati di dalam hempedu atau hati serta ovari (saluran pembiakan ikan) dan sebahagian racun juga terdapat di dalam kulit. Tetrodotoxin tidak menghalang saluran darah, jadi mangsa keracunan bisa ini berada di dalam keadaan sedar (kejang) sehingga mati kerana kesesakan nafas. Mengerikan....... Simptom-simptom keracunan bermula dengan kebas dan panas di hujung lidah, kejang, pening serta mual, mengeluarkan kata-kata yang tidak difahami, dan sesak nafas... Paling lama untuk bertahan (bergantung kepada jumlah yang dimakan) adalah selama 30 minit hingga 2 jam dan paling pantas adalah kurang dari 20 minit, mangsa akan mati. Tiada antidot yang dapat menyelamatkan mangsa sekiranya terkena racun, melainkan mereka dibantu dengan alat pernafasan sehingga bisa beransur hilang.. 


                   Hidangan ikan fugu mentah.. Nampak sedap, tapi...





   

Hidangan fugu yang dijadikan sashimi (hirisan daging mentah) mencecah harga USD100-USD500 di Jepun masih dianggap sebagai makanan yang istimewa walaupun ia beberapa kali diharamkan di beberapa daerah. Semasa era pemerintahan Meiji (1867-1912), fugu diharamkan kerana membawa banyak kematian. Tetapi ia menjadi sangat popular. Pada tahun 1958, sebarang penyediaan ikan fugu perlu mendapat lesen bagi membolehkan mereka mahir dalam penyediaan fugu. Jenis fugu yang paling berbisa adalah takifugu. 

                                          Takifugu

Dengan kesedaran betapa bahayanya tabiat memakan ikan fugu, penternak di Jepun telah mengambil inisiatif dengan menternak ikan fugu yang tidak berbisa. Mereka membuat kajian dan mendapati ikan fugu yang mendapat bisa tersebut dengan memakan hidupan lain yang mengandungi bakteria tetradotoxin. Bakteria ini tidak terjejas walaupun dimasak. Jadi, penternak di Jepun mengubah diet ikan fugu dan menjadikannya lebih selamat untuk dimakan. Walaubagaimanapun, fugu yang diternak tidak sepopular fugu yang didapati secara tangkapan. Bagi sesiapa yang menyukai citarasa exotic akan merasai pengalaman rasa menyucuk dihujung lidah (kesan tetradotoxin ringan) dan ada yang berpendapat, dengan merasai hidangan tersebut, ia lebih kepada pengalaman yang sukar didapati berbanding hanya sekadar menikmati hidangan.

No comments:

Post a Comment